ANTI ANWAR

February 28, 2009

Anwar SUNDAL Politik Pakatan Rakyat

Filed under: ANTI - ANWAR — aidceditor @ 4:44 am

Nizar akhirnya akur dengan kenyataan dan hakikat bahawa beliau bukanlah lagi MB negeri Perak, sekaligus membuat keputusan akan mengosongkan kediaman rasmi MB negeri itu dalam waktu terdekat. Beliau juga bersama-sama bekas Exco-Exconya turut akan menyerahkan semula kenderaan rasmi kerajaan negeri itu. Demikianlah berakhirnya watak dan peranan pelakon-pelakon upahan Anwar Ibrahim yang menjadi pengarah kepada drama politik tanahair kita…..Rakyat Malaysia yang bukan tergolong didalam mahzab Anwarisme, tidak pernah sekelumit pun percaya dengan manusia durjana ini, malah sudah lama tersenyum sinis apabila Perak kembali ke tangan UMNO-BN. Bahkan, dalam akal fikiran yang waras dengan tepat sekali mengatakan Anwar Ibrahim adalah punca kepada semua kekalutan dan kemelut politik, sehingga tumbang dan tersungkurnya ke bumi kerajaan boneka DAP di Perak… Malang sekali, hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh sahaja dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sedar akan perkara ini!

Disini, marilah kita kupas kronologi langkah-langkah sumbang Anwar yang menyebabkan kerajaan DAP di Perak tumbang.

Anwar terbukti gelojoh seperti watak Pak Ma’un dalam filem Do Re Mi! Belum pun reda menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil K Terengganu, Anwar cuba menjolok sarang tebuan dan tetap berdegil mahu menggapai cita-citanya melaksanakan formula “Lompat Parti” apabila membawa masuk ADUN Bota, Datuk Nasaruddin menyertai PKR pada 25 Januari, seminggu selepas PAS merampas kerusi Parlimen K Terengganu.

Sebaik sahaja selesai upacara sidang akhbar Datuk Nasaruddin, sumber info dari seorang pimpinan tertinggi PKR Selangor membisik kepada Blogmaster bahawa, Anwar terdesak mahu laksanakan acara “Lompat Parti” kerana ingin membalas dendam kepada kumpulan Anti Erdogan dalam PAS! Pilihanraya kecil K Terengganu membuktikan Tok Guru Hj Hadi bersama Nasaruddin Mat Isa telah berjaya mematahkan impian Kamaruddin Jaafar [kadam Anwar No 1 dalam PAS], daripada menambah bilangan Ahli Erdogan untuk menyertai parlimen apabila Dr Syed Azman, calon pilihan Anwar tidak terpilih. Lebih memedihkan mata dan hati Anwar apabila calon pilihan kumpulan Anti Erdogan iaitu Abd Wahid Endut telah berjaya menewaskan calon BN…. Blogmaster teringat sewaktu kempen pilihanraya kecil di K Terengganu, tersebar juga cerita bahawa Ahli2 Erdogan PAS kelihatan tidak bersungguh-sungguh berkempen membantu Wahid Endut.

Anwar tetap mahu melayari impiannya menubuhkan kerajaan pusat melalui cara “back door”, hanya orang-orang yang tertentu sahaja tahu kenapa Anwar tersangat menggemari “pintu belakang”. Pembohongan Anwar dalam kisah dongeng 16 September telah menghakiskan kepercayaan ramai pimpinan Pakatan Rakyat terhadapnya.

Maka, ADUN Bota mahu dijadikan umpan! Secara logiknya, penyertaan Datuk Nasaruddin ketika itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada kerajaan DAP di Perak. Tetapi, acara ini sangat-sangat diperlukan oleh Anwar untuk membuka mata ramai pihak terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah mula meragui kehebatannya…. Dengan terjadinya peristiwa sulung ini, Anwar sudah tentu mahu memberikan signal kepada mana mana wakil rakyat UMNO/BN untuk terjun kedalam kapal beliau. Difahamkan bahawa “target market” ataupun kumpulan sasaran Anwar adalah Ketua-ketua Bahagian UMNO yang tewas dalam Mesyuarat Agung bahagian dan masih bergelar Yb! Malah, dalam episod awal kisah lompat parti di Perak, Nizar juga dilihat tergoda dan fikirannya telah berjaya diliwat oleh Anwar apabila bekas MB Perak ini turut membuat kenyataan angkuh bahawa ada lagi beberapa Yb UMNO di Perak akan sertai Pakatan Rakyat…..

Malangnya tindakan Anwar ini telah memakan dirinya sendiri. Dua Yb dari PKR yang selama ini menahan sabar melihat sendiri bagaimana Nizar dicucuk hidung oleh gandingan Ngeh + Nga dalam mentadbir kerajaan DAP di Perak telah bertekad mahu menyelamatkan bangsa melayu dan agama islam di negeri mereka sendiri. Agak manis sekali apabila seorang lagi Yb dari DAP turut sama mahu keluar setelah hilang kepercayaan kepada pakatan yang rapuh ini. Yb bukan melayu ini dikatakan sudah lama makan hati terhadap kerakusan Ngeh + Nga yang menjadikan pentadbiran kerajaan negeri Perak ini seolah-olah mak bapak mereka yang punya! Akhirnya ketiga-tiga mereka yang meletakkan kepentingan keharmonian serta kestabilan politik sebagai tanggungjawab asas memberikan sokongan untuk BN kembali menubuhkan kerajaan negeri Perak.
Nasaruddin yang seketika terlena dengan lengguk tarian Kopi Dangdut Anwar mujurlah tersedar dari lamunan dan bertaubat meninggalkan manusia durjana perosak bangsa….

Anwar masih belum mahu disalahkan oleh penjilat-penjilatnya..!!
BN juga yang dikatakan jahat!!

Bila Anwar berjaya bawa Nasaruddin melompat, tindakan ini penjilat-penjilatnya tafsirkan sebagai demokrasi…, tak perlu pilihanraya kecil
Tapi apabila wakil rakyat Pakatan mahu meninggalkan Anwar, tiba-tiba pula muncul surat perletakan jawatan sebagai ADUN, penjilat-penjilat Anwar mula melabelkan mereka sebagai Pembelot, terpacul seorang “pembaca akuan bersumpah” kunuuunnya pemimpin BN mahu “membeli” wakil rakyat dari Pakatan Rakyat…!

Kenyataan daripada Anwar bahawa wakil PAS tetap MB Perak telah menghasilkan kedegilan Nizar sanggup DERHAKA dengan titah tuanku baginda Sultan yang telah yakin dengan penubuhan kerajaan baru Perak oleh UMNO-BN.
Watak watak rakyat jelata menjadi PENDERHAKA terhadap Sultan Perak terus dikerah apabila peristiwa demonstrasi petang Jumaat lepas di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar menyaksikan insiden menyerang kenderaan rasmi Raja Muda, memecah cermin kenderaan iringan keluarga raja, aksi berani mati berbaring atas jalanraya dihadapan kenderaan dan bermacam macam lagi gelagat rakyat melayu beragama islam yang tidak mahu kehilangan kerajaan DAP di Perak..!! Diberitakan sewaktu rakyat dikerah berdemonstrasi di Masjid Ubudiah sebagai bantahan keatas upacara angkat sumpah MB Perak yang baru, Anwar berada di Petaling Jaya….

Apakah penjilat-penjliat Anwar lupa bahawa segala apa yang berlaku di Perak pada 6 Februari adalah sama seperti yang dijanjikan oleh Anwar dalam Pembohongan 16 September….?? Bermakna, apa yang terjadi di Perak seharusnya berlaku di Putrajaya pada 17 September….

Penjilat-penjilat Anwar janganlah lupa bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib merupakan acara yang dijanjikan oleh Anwar dalam kisah 16 September.

– Najib terima kunjungan wakil rakyat wakil rakyat daripada Pakatan yang hilang kepercayaan dan mahu menyokong BN.
– Seterusnya Najib umumkan dalam sidang media bahawa, bilangan wakil rakyat yang menyertai serta menyokong BN lebih ramai dari Pakatan, layak untuk tubuh kerajaan negeri Perak.
– Keesokkannya Najib mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memaklumkan perkara tersebut bagi mendapat perkenan baginda Sultan.

– Sultan Perak titah kesemua wakil rakyat yang menyokong BN datang mengadap.
– Apabila Sultan Perak berpuas hati maka baginda menyerahkan pemerintahan negerinya kepada kerajaan yang baru.

Begitulah juga skrip yang pernah didongengkan oleh Anwar sewaktu berbohong mengenai 16 September suatu ketika dahulu, bukankah Anwar pernah berkata;-

– Apabila cukup bilangan 31 wakil rakyat parlimen menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, Anwar akan mengadakan sidang media.
– Dalam sidang media itu nanti Anwar akan memaklumkan bahawa beliau akan mohon mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan senarai wakil rakyat bersama Pakatan yang dikira layak menubuh kerajaan yang baru.
– Setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, maka Anwar akan bersiap sedia mengangkat sumpah dalam Istana Negara sebagai Perdana Menteri yang ke 6.

Bezanya disini ialah, Anwar hanya berbohong dan gagal melaksanakan mimpinya itu. Berbanding dengan Datuk Seri Najib pula, beliau berjaya melaksanakan acara ini setelah menerima tiga wakil rakyat yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Semua huru hara, hingar bingar dan kekecohan yang berlaku ini jelaslah berpunca daripada seorang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!

Perkara ini telah secara terang dan jelas disebut oleh Pengerusi DAP yang mengatakan Anwar adalah dalang membuat kacau dalam negara ini.

Karpal terus mendesak Anwar supaya BERTAUBAT! Nik Aziz sendiri pun tak berani nak suruh Anwar bertaubat…..

Ekoran daripada tumbangnya kerajaan DAP di Perak, Karpal berkeras mahu Anwar tidak lagi menjadi Ketua Pakatan Rakyat dan mahu tempat itu diisi oleh pemimpin yang lain.

Apakah tindakan DERHAKA Karpal mahu menyaman Sultan Perak merupakan gambaran bahawa bahang kemarahannya terhadap Anwar menyerupai lahar gunung berapi, bererti Karpal sanggup hilang sokongan rakyat melayu setelah partinya kehilangan sebuah kerajaan negeri akibat percaturan politik yang salah oleh Anwar Ibrahim?

Kini Anwar tak ubah seperti Sundal Politik yang membawa bala serta sial kepada Pakatan yang semakin rebah…

Anwar, now you have to drink your own medicine!!!!!

1 Comment »

  1. kenapa x sebar jer maklumat ni.kajian sya nak sama dengan awak jugak.maklumat penting untuk menyalamat negara.

    Comment by amad — November 28, 2009 @ 3:18 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: